iklan aku

Saturday, April 9, 2011

resepi kami anak rantau!

salam...
nie entry untuk siapa2 yg rasa dia nak resepi baru dan resepi yang sedap...hehehe......okay hari tue mine asak dging katanya frist time masak sebab dulu dia x pernah masak daging.....hehe...okay2 jom tengok!

nie DAGING MASAK KICAP!

RESEPI:
  • 1/2 Kg Daging -Daging dihiris nipis dan digaul dengan hirisan halia (1 cm) dan serbuk kunyit (1 Sudu Besar)
  • 1 Biji Bawang Besar-Dihiris
  • 2-3 Ulas Bawang Putih-Dihiris (saya suka letak lebih)
  • 1 Biji Cili Merah-Dibelah 2
  • 2 Biji Cili Hijau-Dibelah 2
  • 3 Sudu Besar Sos Tiram
  • 2 Sudu Besar Sos Tomato
  • 1 Sudu Besar Sos Cili
  • Kicap secukup rasa (Selalu guna Kicap Tamin)-Dalam Secawan
  • 1 inci Halia-Dihiris
  • Sedikit Air
  • Garam dan Gula
  • 1 Keping Asam Keping
  • 2-3 Sudu Besar Minyak untuk menumis
  • 1 Batang Kayu manis
  • Tambahan:
  • Goreng Ubi kentang yang dipotong sederhana sehingga setengah masak

  • Cara-cara
    1. Panaskan minyak, masukkan kayu manis dan hirisan halia, terus masukkan hirisan daging yang telah diperap bersama dengan halia dan serbuk kunyit tadi.
    2. Daging akan mengelegak dan mengeluarkan air, tunggu sehingga daging menjadi empuk. Jika daging kurang empuk, boleh tambahkan air dan tunggu sehingga daging lembut.
    3.  Tunggu lagi sehingga daging kering dan naik minyak
    4. Masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah dihiris. Kacau rata hingga naik bau. Masukkan Sos Tiram, Sos Tomato, Sos Cili dan Kicap. Kacau. Masukkan Gula (1 Sudu Besar) dan Garam (1/2 sudu kecik). Kacau lagi.
    5. Masukkan Air. Pastikan Daging Tengelam dalam Air. Biarkan mengelegak.
    6. Masukkan Asam keping dan Ubi Kentang yang sudah digoreng tadi...Tunggu sehingga kuah pekat dan hidangkan.
  • *pastu korg masak la ikut cita rasa sendiri okayy!

  • nie SOTONG GORENG TEPUN YG RAGUP!



RESEPI:
  • 300 gm sotong
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
  • lada sulah

  • Cara-cara
    1. Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
    2. Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
    3. Pukul telur setakat nak satukan yg kuning dgn yg putih jer. Masukkan sotong ke dalam telur. Ketepikan
    4.  Gaul tepung dgn bp. Masukkan sotong yg telah digaul dgn telur dalam tepung, salutkan habis sotong dgn tepung. Kalu nak pedas boleh letak sikit serbuk kari dalam tepung.
    5. Goreng deep fry sampai golden brown. Goreng sotong kejap jer dalam 4-5 min kalau tak nanti sotong keras and liat pulak.
  • *OKAY NIE AQ TAMBAH SERBUK ROTI SUPAYA LAGI RANGUP......

orait, enjoy korang........
p/s: makan manyak2...pastu g jalan...supaya x gemok....

done, bye korg!!

No comments:

Post a Comment