iklan aku

Saturday, April 23, 2011

hikayat merong mahawangsa

okay...ni entry pertama yang aku berani buat review...bukan aku nak sgt tapi aku rasa aku perlu...sebab banyak benda yang aku nak beri tahu tentang cerita ni dengan lebih mendalam...okay the story is...

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA


pertamanya, bagi siapa yang belom tengok cerita nie...aku kasi sedikit info tentang filem ni...
filem ni berharga 8 juta ringgit malaysia...okay..tgk harga dan ceritanya...okay sepadan...memang patut la mahalkan..hari pertama dipanggung pon dah kutip 1/2 juta ringgit malaysia okay..so sangat berbaloi2 la kn?...cerita epit macam ni..rasanya yang pertama jugak la dekat malaysia...cerita berdasarkan true story...dan aku boleh tahan suka pada cerita berdasarkan cerita sebenar ni..tambah2 yang dari novel2 or sejarah...ala macam harry potter, lord of the ring, the time traveler wife...n so on la kan...cerita cam ni sebenarnya membantu para pemuda pemudi yg x ade masa nak baca buku or sejarah tu sendiri sebenarnya...tapi cerita nie agak lari dari cerita asal....so ape yang korg tengok x leh percaya sangat...so mean...
"lol klo cam tue bazir la buat cerita nie...kn bagus dia buat cerita ni betul2...ubah sikit x pe..but jangan ubah sejarah tu sendiri la kan?"
so nanti paham la jenerasi muda ni tentang hikayat melayu dulu2...betul x?klo nak harap diorg baca..nan ados la jawabnya....
okay aku kasi ringkasan cerita yg sebenar n yg difilem...
******

okay sinopsis cerita ini....

Filem yang berkisarkan pengembaraan Merong Mahawangsa (berketurunan Alexander The Great) yang menjadi pengawal kepada Putera Empayar Rom yang ingin ke Asia Tenggara bagi mengahwini Puteri Dinasti Han. Perkahwinan diantara Putera Rom dan Puteri dari negara China ini adalah mahu menyatukan kedua – dua empayar dan perkahwinan mereka dilakukan di tanah yang tidak dijajah oleh mana – mana empayar (Natural Grounds) yang terletak diantara empayar barat dan timur.
Walaubagaimanapun, Armada Merong Mahawangsa telah diserang oleh Lanun dari negara Garuda (ia sebenarnya burung Garuda dalam Hikayat Merong Mahawangsa) dan Puteri tersebut telah diculik oleh lanun – lanun tersebut. Setelah berlaku serangan tersebut, bermulalah epik dimana Merong Mahawangsa cuba menyelamatkan puteri tersebut dan menyatukan empayar dari barat dan timur itu.(sinopsis penuh)
dan ini cerita asal...

Ringkasan Cerita HMM

Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh geroda. Ia membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Ia pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan.
Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera.
Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa. Seterusnya putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepaga Sultan Muzaffar Syah.



*******

aku bukan ape sebenarnya...cuma pelik...aku rasa nak baca balik cerita sebenar selepas tgk cerita ni...tapi last2...mengecewakn..sebab apa yg di banyangkan bukan lah seperti hikayat sebenar...cuma perenggan pertama ja sama...hehe

tapi!
gud job KRU...hehe dah ala harry potter dah...filem korg aku boleh tabik la...pandai betui main komp korg nie...

p/s: tapi maybe diorg ada pendapat sendiri masa menghasilkn merong ni...sapa tau..kn?

okay done!


No comments:

Post a Comment