setelah berfikir dan melihat....serta membaca artikel ini....aku rasa nak je kongsi ngan korang artikel ni...bukan apa...aku duduk korea ni...daging bab satu ni memang banyak...so korg klo nak melangkah tu hati2 yer......
Bekerja Menjual Daging Haram
Soalan:
Saya ingin mencari pekerjaan sambilan di sini. Masalahnya, kebanyakan kerja berkaitan dengan daging babi dan daging yang tidak disembelih. Oleh itu, saya ragu-ragu hukumnya berkerja di tempat yang seperti itu. Saya ingin tahu, apakah hukumnya berkerja di tempat yang menjual daging haram, dan dalilnya?
Nasir, USA
Jawapan:
Seorang Islam yang bertakwa ialah seorang yang benar-benar mematuhi segala titah perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya. Mereka tidak akan melakukan sesuatu yang tidak ada kena mengena dengan hidup mereka. Dalam sebuah hadis yang sahih menjelaskan di antara keelokan Islam seseorang itu ialah menjauhi sesuatu yang tidak ada kena mengena dengan hidupya. Apa lagi kalau perkara itu memudaratkan agamanya. Semakin perlu dijauhinya.
Seorang Islam yang bertakwa ialah seorang yang benar-benar mematuhi segala titah perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya. Mereka tidak akan melakukan sesuatu yang tidak ada kena mengena dengan hidup mereka. Dalam sebuah hadis yang sahih menjelaskan di antara keelokan Islam seseorang itu ialah menjauhi sesuatu yang tidak ada kena mengena dengan hidupya. Apa lagi kalau perkara itu memudaratkan agamanya. Semakin perlu dijauhinya.
Berkerja di tempat menjual daging binatang yang tidak disembelih adalah sesuatu yang tidak diharuskan oleh Islam. Ini kerana dalam Islam yang halal itu jelas manakala yang haram itu pula jelas manakala perkara yang berada di antara keduanya adalah perkara yang samar-samar atau syubhah. Orang yang menjaga dirinya dari terlibat dengan perkara syubhah bererti ia telah menjaga agama dan kehormatan dirinya. Orang yang terlibat dengan perkara syubhah sebenarnya turut terlibat dalam perkara yang haram.
Demikian penjelasan yang terdapat di dalam riwayat Al-Bukhari dan Muslim. Berkerja di tempat seperti di atas jelas mungkarnya, kerana turut bersekongkol dengan kerja-kerja mungkar. Dalam Al-Quran menggesa manusia berkerjasama dalam perkara kebaikan dan takwa dan bukan berkerjasama dalam perkara dosa dan permusuhan. Ini bererti berkerja di tempat tersebut memberi kerjasama kepada pihak terlibat melakukan kemungkaran. Satu hal lagi pendapatan yang diperolehi dari sumber ini tidak bersih.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam At-Tabrani menjelaskan satu suap makanan yang disuapkan ke dalam mulut seseorang hasil dari pendapatan yang haram, Allah SWT tidak akan menerima ibadat orang yang memakan makanan hasil dari pendapatan tersebut selama 40 hari. Ini kerana dalam hadis Muslim menjelaskan Allah SWT itu baik dan Ia sukakan kebaikan. Berkerja di tempat sebegitu rupa bukanlah satu perkara yang baik. Kerana itu bagaimana mungkin amalannya itu akan diterima Allah SWT. Kerana itu yang bertanya dinasihatkan supaya mencari kerja ditempat lain yang lebih selamat dari unsur haram seperti kedai menjual buah-buahan dan sebagainya.
DN 186 Taubat - Titisan Airmata Keinsafan (Amalan & Penghayatannya)
DN 062 Panduan Mencari Nafkah Hidup - Fadhilat Tijarah
DN 062 Panduan Mencari Nafkah Hidup - Fadhilat Tijarah
keputusan aku masih 50%....alahai...kesian pon ada...tapi agama lebih penting.....ermmmm
No comments:
Post a Comment