iklan aku

Monday, May 16, 2011

berfikir dan berjalan untuk hati tenang | snap2 at namsan Seoul tower

salam...
entry kali ini, entry photo lagi. harap enjoy aku punya photo yang aku rasa tidak la secantik mana. tapi korang tengok lah bertapa cantiknya korea ni. mana tahukan korang ada yang nak ke sini nanti. dan jangan salah sangka, memanglah malaysia lagi cantik, tapi aku tidak berkesempatan lagi nak tunjukkan kecantikkan malaysia. so enjoy dulu yang mana ada ni. heehehe

sebenarnya hari sabtu hari tu, aku sedikit rungsing dengan macam macam benda. jadi aku buat keputusan pergi tenangkan hati. mula mula memang aku nak ajak mira tapi dia tidur pulak petang tu. so, sendiri la bawak hati. ceh, macam sedeh gila ni. 

mula mula perancangan dalam otak mahu ke hankang river korea. tapi tup tup idea datang dan kaki melangkah ke namsan. yea yea ni pertama kali aku jejak kami ke sana. famous aku rasa tempat ni. drama melayu pon banyak shot kat namsan ni. so excited lorh.

tapi tapi, biasa lah kalau dah seorang berjalan pulak bawak anak gajah, dengan berbekalkan berapa  won(sen kalau kat malaysia) je dalam kocek yang dah bocor ni, macam2 la jadi.

mula mula oaky je, aku jalan ikut hati sampai dah dekat gila tu boleh pulak aku tepesong dari jalan yang benar. kuang2, aku konon nak jalan kaki, tak mahu naik kereta kebel tu. hambik la habuan. naik turun bukit aku dibuatnya. jalan yang patutnya ambik masa sejam jadi 3 jam aku buat. mana mana entah au jalan. pake dengan tangga tangga kesyurga lagi kan. memang la, berpeluh tahap cipan bin tenuk la. ayo!

tapi bila dah sampai, MASYAALLAH! cantik kot bumi allah ni. sungguh aku tak tipu. aku sempat tengok matahari terbenam lagi weih. cantikkkk. satu hari satu masa korang datang dan buat benda       ni k. tak rugi lah!
***********

photoby: me(jannahsharip)
model: nan ados(x der la kali ni)...hanya keindahan ilahi!
pengedit: aq
effects kali ini: 1960'an
camera: nikon d3100(lens kid vr)
location: namsan Seoul tower, korea



ni masa dalam perjalanan, dah 5 minit jalan baru nampak ini ja. pikir la sendiri weih!


ni masa dok sesat. masa ni aku takperasan lagi aku sesat.


ni toilet di tengah hutan dia.takmacamistana lak kan. haiyo!


yah inilah tangga tangga ke syurga tu. ini baru 1/20 tau. ada lagi banyak tau.
"naik lah naik"kata hati aku. hahaha


hadoi. penat tau tidak terhingga. jadi berhenti seketika bersama air masak yang dibawa dari rumah.


see. kabur sikit. aku sengaja edit gini. sorry!


siapa tengok cerita korea tajuk high kick mesti dapat teka dekat mana gambar ni di ambil.


inilah yang famous dekat namsan seoul tower ni.
'kunci cinta mu disini, ia akan kekal' ceh karut. hahaha
nak buat untuk suka suka boleh la.


hah sweet sungguh. nasib tak kena kencing bergula.


kunci yang bergantung di seluruh pagar. aku rasalah, kalau ada pencuri nak mencuri kan, mesti dia tidak sama sekali memilih tempat ini. mana taknye, dia nak bukak kunci ni saja makan masa sebulan malah lebih aku rasa.
hehehehe =)


saat detik ini, seruan ilahi akan tidak sabar untuk bergema.


terjumpa, kalau ada yang ikut mesti boleh buat gambar berbingkai. hehehe


pandangan senja.

p/s: aku tak susun sangat gambar. tapi aku tak tunggu malam sebab kat sana tak tahu pulak nak solat dekat mana. so panjangkan kaki balik lah.
p/s/s: tempat menarik untuk snap kan?

done jannah

No comments:

Post a Comment