iklan aku

Friday, May 27, 2011

mesti kena pada tempatnya!

salam...
setelah berfikir dan melihat....serta membaca artikel ini....aku rasa nak je kongsi ngan korang artikel ni...bukan apa...aku duduk korea ni...daging bab satu ni memang banyak...so korg klo nak melangkah tu hati2 yer......


Bekerja Menjual Daging Haram

Soalan: 
Saya ingin mencari pekerjaan sambilan di sini. Masalahnya, kebanyakan kerja berkaitan dengan daging babi dan daging yang tidak disembelih. Oleh itu, saya ragu-ragu hukumnya berkerja di tempat yang seperti itu. Saya ingin tahu, apakah hukumnya berkerja di tempat yang menjual daging haram, dan dalilnya?
Nasir, USA
Jawapan: 
Seorang Islam yang bertakwa ialah seorang yang benar-benar mematuhi segala titah perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya. Mereka tidak akan melakukan sesuatu yang tidak ada kena mengena dengan hidup mereka. Dalam sebuah hadis yang sahih menjelaskan di antara keelokan Islam seseorang itu ialah menjauhi sesuatu yang tidak ada kena mengena dengan hidupya. Apa lagi kalau perkara itu memudaratkan agamanya. Semakin perlu dijauhinya.
Berkerja di tempat menjual daging binatang yang tidak disembelih adalah sesuatu yang tidak diharuskan oleh Islam. Ini kerana dalam Islam yang halal  itu jelas manakala yang haram itu pula jelas manakala perkara yang berada di antara keduanya adalah perkara yang samar-samar atau syubhah. Orang yang menjaga dirinya dari terlibat dengan perkara syubhah bererti ia telah menjaga agama dan kehormatan dirinya. Orang yang terlibat dengan perkara syubhah sebenarnya turut terlibat dalam perkara yang haram.
Demikian penjelasan yang terdapat di dalam riwayat Al-Bukhari dan Muslim. Berkerja di tempat seperti di atas jelas mungkarnya, kerana turut bersekongkol dengan kerja-kerja mungkar. Dalam Al-Quran menggesa manusia berkerjasama dalam perkara kebaikan dan takwa dan bukan berkerjasama dalam perkara  dosa dan permusuhan. Ini bererti berkerja di tempat tersebut memberi kerjasama kepada pihak terlibat melakukan kemungkaran. Satu hal lagi pendapatan yang diperolehi dari sumber ini tidak bersih.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam At-Tabrani menjelaskan satu suap makanan yang disuapkan ke dalam mulut seseorang hasil dari pendapatan yang haram, Allah SWT tidak akan menerima ibadat orang yang memakan makanan hasil dari pendapatan tersebut selama 40 hari. Ini kerana dalam hadis Muslim menjelaskan Allah SWT itu baik dan Ia sukakan kebaikan. Berkerja di tempat sebegitu rupa bukanlah satu perkara yang baik. Kerana itu bagaimana mungkin amalannya itu akan diterima Allah SWT. Kerana itu yang bertanya dinasihatkan supaya mencari kerja ditempat lain yang lebih selamat dari unsur haram seperti kedai menjual buah-buahan dan sebagainya.

keputusan aku masih 50%....alahai...kesian pon ada...tapi agama lebih penting.....ermmmm

Monday, May 23, 2011

Katanya...

Salam semua,
Memandangkan aku hari ni telebih ceria kan? Jadi aku nak cerita lah.

Korang tahu bila perempuan sama perempuan berjumpa. Atau duduk dalam bilik or ruang yang sama, mereka akan lupakan dunia luar. Seolah2 tak der orang lain dah. Itu yang boleh gelak sampai tak ingat dunia. Ayo! Hheehhehe.

Tapi perempuan dia walaupun sibuk gembira, dia sempat ni pikir pasal orang lain. Kesian lah, pikir kenapa lah. Mesti ader je idea. Itu yang kengkadang jadi ngumpat tu. Hehehe

Bukan aku nak cerita tu sebenarnya, yang sebenarnya aku nak cerita padal ketawa.

Mak aku selalu kata gini
"adik jgn suka sgt, nanti jadi bukan2"

Jadinya setiap kali Lepas aku ketawa banyak, aku akan jadi takut tunggu 'benda2 yang bukan2' tu jadi.selalunya aku akan emi sikit la bila lepas ketawa banyak tu.

Tapi faktanya, bila orang ketawa banyak2 hati dia akan mati. Sebab tu la kit emo. Ermmm, bahaya ni. Pasni kena senyum ja. Huhuhuhu.

Entah lah! Pesan mak kena la ikut kan. So, happy selalu, ketawa dalam hati. Hahahaha

P/s: mood happy2. Kehkehkeh, rumah chot memang selalu meriah.

Jannah
Done.

Thursday, May 19, 2011

yg lama tetap dikenang!

salam...
korang klo dulu x der...sekarang pon x der la kan...so aku nak tunjukkorang gambar lama2 family aku...semua gambar aku ambik dari page fb cousin aku...dalila jasni....

so enjoy....

tengok abah aku hensem kan...suh dato' sihat?
dulu abah aku pemain guitar tau....kugiran deh!


yah...nie abg n kakak n kak ila gue....aduh abg ngah, gantang kamu deh!


4 sekawan...patut la kami rapat...dari kecik rupanya kami memang bersama.....keciknya jannah....


ni kak ila ngan kakak aku...aloloololo...cute la tue....cit

hahahaa...cepatnye masa berlalu...aku dah 20 tahun...kakak aku dah nak kawen pon....uuuuuu....

p/s: kangen sama kamu org! lap2 uollossss
jannah

done

Monday, May 16, 2011

berfikir dan berjalan untuk hati tenang | snap2 at namsan Seoul tower

salam...
entry kali ini, entry photo lagi. harap enjoy aku punya photo yang aku rasa tidak la secantik mana. tapi korang tengok lah bertapa cantiknya korea ni. mana tahukan korang ada yang nak ke sini nanti. dan jangan salah sangka, memanglah malaysia lagi cantik, tapi aku tidak berkesempatan lagi nak tunjukkan kecantikkan malaysia. so enjoy dulu yang mana ada ni. heehehe

sebenarnya hari sabtu hari tu, aku sedikit rungsing dengan macam macam benda. jadi aku buat keputusan pergi tenangkan hati. mula mula memang aku nak ajak mira tapi dia tidur pulak petang tu. so, sendiri la bawak hati. ceh, macam sedeh gila ni. 

mula mula perancangan dalam otak mahu ke hankang river korea. tapi tup tup idea datang dan kaki melangkah ke namsan. yea yea ni pertama kali aku jejak kami ke sana. famous aku rasa tempat ni. drama melayu pon banyak shot kat namsan ni. so excited lorh.

tapi tapi, biasa lah kalau dah seorang berjalan pulak bawak anak gajah, dengan berbekalkan berapa  won(sen kalau kat malaysia) je dalam kocek yang dah bocor ni, macam2 la jadi.

mula mula oaky je, aku jalan ikut hati sampai dah dekat gila tu boleh pulak aku tepesong dari jalan yang benar. kuang2, aku konon nak jalan kaki, tak mahu naik kereta kebel tu. hambik la habuan. naik turun bukit aku dibuatnya. jalan yang patutnya ambik masa sejam jadi 3 jam aku buat. mana mana entah au jalan. pake dengan tangga tangga kesyurga lagi kan. memang la, berpeluh tahap cipan bin tenuk la. ayo!

tapi bila dah sampai, MASYAALLAH! cantik kot bumi allah ni. sungguh aku tak tipu. aku sempat tengok matahari terbenam lagi weih. cantikkkk. satu hari satu masa korang datang dan buat benda       ni k. tak rugi lah!
***********

photoby: me(jannahsharip)
model: nan ados(x der la kali ni)...hanya keindahan ilahi!
pengedit: aq
effects kali ini: 1960'an
camera: nikon d3100(lens kid vr)
location: namsan Seoul tower, korea



ni masa dalam perjalanan, dah 5 minit jalan baru nampak ini ja. pikir la sendiri weih!


ni masa dok sesat. masa ni aku takperasan lagi aku sesat.


ni toilet di tengah hutan dia.takmacamistana lak kan. haiyo!


yah inilah tangga tangga ke syurga tu. ini baru 1/20 tau. ada lagi banyak tau.
"naik lah naik"kata hati aku. hahaha


hadoi. penat tau tidak terhingga. jadi berhenti seketika bersama air masak yang dibawa dari rumah.


see. kabur sikit. aku sengaja edit gini. sorry!


siapa tengok cerita korea tajuk high kick mesti dapat teka dekat mana gambar ni di ambil.


inilah yang famous dekat namsan seoul tower ni.
'kunci cinta mu disini, ia akan kekal' ceh karut. hahaha
nak buat untuk suka suka boleh la.


hah sweet sungguh. nasib tak kena kencing bergula.


kunci yang bergantung di seluruh pagar. aku rasalah, kalau ada pencuri nak mencuri kan, mesti dia tidak sama sekali memilih tempat ini. mana taknye, dia nak bukak kunci ni saja makan masa sebulan malah lebih aku rasa.
hehehehe =)


saat detik ini, seruan ilahi akan tidak sabar untuk bergema.


terjumpa, kalau ada yang ikut mesti boleh buat gambar berbingkai. hehehe


pandangan senja.

p/s: aku tak susun sangat gambar. tapi aku tak tunggu malam sebab kat sana tak tahu pulak nak solat dekat mana. so panjangkan kaki balik lah.
p/s/s: tempat menarik untuk snap kan?

done jannah

Friday, May 13, 2011

tenang

salam...

mencari ketenangan susah kan?


ada orang dia suka bersendiri...

ada orang dia buat hobi dia....

tapi aku.........................














AKU AKAN LARI DARI SEMUANYA!!!

p/s: jgn cari aku...heeeeeeeeeeeeee
jannah
done

Wednesday, May 11, 2011

cerita ceriti Hiseoul

in action!
salam.
entry ni aku tulis ringkas sahaja ya. tidak pulak aku banyak masa kali minggu ini. kesibukan melanda diri pulak rasanya. okay tak apa, yang penting sekarang aku nak cerita story mory dengan korang pasal Hiseoul yang aku sertai kali ini.

hiseoul kali ini KUK yang pegang, jadi semua yang uruskan adalah orang-orang dari ahli KUK sendiri.nasib aku sempat daftar saat akhir jadi aku dapat la join hiseoul kali ni.okay segala persiapan kami buat di rumah encik syukri. dan kat sana dah sebijik macam kenduri kendara kalau sekali tengok. macam nak sambut raya pon ade jugak. semua berkumpul bergotong royong memasak makanan yang kami jual untuk dua hari berlansungnya hiseoul ini.

walaupun penat, tidur tak cukup, dan sebagainya tapi pengalaman yang aku dapat rasanya banyak dan seronok. antaranya skill menjual or berniaga tu jadi pro sikit. hehehe. memang mula-mula gagap seribu bahasa, tapi alhamdullilah semua okay la jugak. time0time ni la ade yang dok bercerita, mengumpat, memberi nasihat. tapi duduk dengan mereka-mereka ini buat akux kering gusi. ade je yang nak di bahan kan. hehehee

cantik tertarik kau memang tembam lah. ayo!

nasi lemak satu 4000 bang.



nak sambal lebih ya?



"senyum-senyum nanti pelanggan lari"

okay la...aku x larat dah ni...tengok gambar je la ok. dan kali ini gambar bukan dari hasil tangan aku.semua aku copy dari orang. almaklum la i kan sibuk menjual. mana sempat nak snap-snap.hehehe

yea jom start kerja!
gambar dari seorang pakcik korea. macam seragam kami ni. yea semangat!

p/s: mekasih bagi tunjuk ajar semua!

done jannah...

Saturday, May 7, 2011

Mak...selamat hari ibu!!!

Salam,
Entry kali ni aku tulis khas untuk mak aku. So pada yang tidak berkenaan mintak maaf.

Mak selamat hari ibu. Mak terima kasih untuk segalanya.

Terima kasih sebab:-

Satu, sebab biarkab adik duduk dalam perut mak.
Dua, sebab mak biarkan adik lahir selamat keluar, walaupun masa tu mak ada high blood pressure.( ni abah cerita)
Tiga, sebab mak bela adik sampai tembam dan cute bergini.
Empat, sebab mak suka biarkan adik buat keputusan sendiri.
Lima, sebab selalu sokong adik buat apa je.
Enam, ......
Tujuh, ......



Sejuta, sebab mak sekarang mesti tengah pikir pasal adik.

YaAllah, sekali pon aku mampu tulis sejuta ucapan terima kasih pada ibu ku. Tetapi pengorbanan ibu ku tidak dapat aku gambarkan. Sungguh ibu ku adalah sealanya.

" mak, adik akan selalu sayang pada mak sepanjang hidup."jannah

P/s: pada ibu- ibu yang lain. SELAMAT HARI IBU!

Done jannah
Bye.....

Friday, May 6, 2011

jemputlah hadir ke Hi seoul 2011


seperti yang tarikh serta tempat yang tertulis dalam poster ni, 
jadi aku juga mewakili yang lain ingin mengundang korang untuk datang memeriahkan Hi seoul kali ini. 
banyak yang akan dijual. kami sediakan khas untuk yang hadir. korang akan terasa seperti pulang ke MALAYSIA seketika. tarian tradisional juga akan dipersembahkan. jadi,
JEMPUTLAH YER!

p/s: buzy weekend lagi untuk aku. hehehe. gambar event ini InsyaAllah aku upload setelah selesai dua hari event ini. okay!

done,
jangan lupa datang yer!

Thursday, May 5, 2011

berani sungguh mengambil gambar-gambar aku ya?

salam...
aku marah ni...sebab? sebab ada la seorang budak perempuan ni..suka-suka hati dia ja guna gambar aku untuk blog dia. hamboi, senangnya hidup kan. nak gambar tangkap sendiri la wei! hampir semua gambar aku dia kebas. ni memang nak kena ni.

korang kenal blog ni x?

blog kitaorang dah macam kembar dah. setiap kali aku upload gambar. blog dia pon akan upload gambar yang sama. ooo ni telah menduga kesabaran. korang tengok la gambar dia dekat bawah ni. semuanya samakn?
suka pulak tu siap buat effect comel-comel. haduh memang nak kena budak ni.

sama kot. semuanya. tidakkkkkk!

dah la malas aku nak cerita lebih. kalau korang nak tengok semua isi kandung blog budak ni, ni link dia. KLIK SINI.

***********
hahaha. sebenarnya blog ni kepunyaan model dalam gambar-gambar aku ni. dia juga merangkap kawan mengila aku sepanjang duduk didongyang ni. aku tak marah kau la mira. hahaha, jangan takut ya. sungguh aku   tidak kesah sama sekali. lagipon setiap gambar aku dalam blog dia ada nama aku. cuma dia edit sediri. so kalau nak tengok orang seni edit gambar tengok blog dia ya korang. memang seni habis ni. tak berani aku nakedit gini. haha.

mira, ampun2. aku main2 ja.

p/s: kami ada photoblog kembar. kami juga ada kamera kembar. dan kami sedikit gila yang berkembar macam bangun berkembar kat kl nuh. hahaha

done
byeeeeeeeeeeeeee
hahaha..asyik gambar org ja.sekarang tuan besar mau muncul. HAI!~
                                          

snap2 di idae, korea

salam semua,

semalam aku dengan amirahshaidi ni keluar lagi. kali ni kami pergi idae pulak. sebenarnya idae ni syurga membeli belah bagi perempuan. tapi kami pergi cari kedai kopi. lepas satu  kedai kopi comel. kami pergi pulak camo. dulu area rumah aku pon ade camo. sekarang dah bankup kot. hahaha.

tapi petang tadi kakak tersayang aku call. kami sembang panjang sampai la aku ade cakap benda ni.
"akak, adik ade tangkap gambar lagi..."excited tidak terperi ketika ini.
"gambar kat mana kali ni?" serius beliau mengutarakan soalan.
"kat kedai kopi lah" 
"huh, kedai kopi lagi..bosan la g la temapat lain plak..."hancur harapan ku...misi aku dengan mira baru dua yang selesai. sedih tidak terperi pulak tadi. haha tak apa lah lepas ni aku nak g tangkap tempat baru..misi tetap misi..kehkehkehkeh.

okay ni gambarnya.
*********
photoby: me(jannahsharip)
model: adekya (bukan nama sebenar)
pengedit: aq
effects kali ini: cimena scope
camera: nikon d3100(lens kid vr)
location: idae, korea


kedai kopi yang comel itu

ini bukan tea tarik noh. ini kopi madu. hehee

"apa pandang2"..ceh garang la konon...

cantik ni kan. senyuman ikhlas dari adekya. sebab tu aku suka candid. org sukar berpura2. ermmm

adekya seperti sedang bercinta. senyuman anda menunjukan segalanya. kehkehkeh

nampak tenang.

hutan rimba dalam kedai. macam2 korea ni.


"lambat pulak tren ni..." korea ponya pengangkutan awam yangh dasyat. 
okay lupa nak kasi tahu aku kali ni edit ikut tema. kali ni effect ni. nanti vintage ke, pastu try 80-an ke. tengok la macam mana ya. saja nak try bertema. biar nampak comel sikit. tapi kalau ada yang tak suka sila tekan ctrl+shift+w.

p/s:jangan marah ye...

done.
byeeeeeeeeeeee


Wednesday, May 4, 2011

old song...



debu dihati (lirik)
penyanyi: ebby saiful

betapa kasih, menggunung harapan
berderai jua di pertengahan
sebutir embun ku sangka permata hilang kemana
tiada ku duga hanya sementara, kebahagiaan yg dikecapi
datang rintangan meragut segala hampanya hati
perpisahan tiada mungkin kan terjadi andainya kau dapat bersabar dan mengerti
tapi sayang,,kau terlalu turutkan hati
tanpa memberi kesempatan aku menjelaskan
apa gunanya ku mengharap lagi
sedangkan dikau terus membenci
segala harapan menjadi debu dalam hatiku

salam..
siapa yang tak pernah tengok cerita ali setan? huh rugi korang..cerita ni legend oo..ala cerita komedi romantik dulu2..so sweet, siapa x pernah tengok pergi la tengok sekali...hehehe...

dulu aku lahir jauh dari kakak dengan abang aku..so zaman diorang sangat berlainan dengan zaman aku..kira2nya kakak dengan abang aku nie zaman 80-an ni..diorg ponya lagu semua tahap rock kapak yang leleh..hahaha...disebabkan aku kecik so aku pon ikut ja la dengar...sampai besar aku suka lagu yang bukan keluar bukan pada zaman aku...hehhehe...

okay ni..lagu yang best dan paling sedap didengar...saja nak share...jom2 dengar!

p/s: tetiba kerana.........................(hehe..)

done..
bye!

Tuesday, May 3, 2011

snap2 at kongdabang, inha korea


salam...
hari tu ingat tak kami semua ada pergi inha sebab ada event kims..jadi si syafiqa pon ajak la kami jalan2 inha kejap...dan memperkenalkan kami kepada kongdabang(kedai coffe)...

suke gila...kedai dia comel habis...memang kedai kopi kat korea ni comel2...sebab tu aku ngan mira buat misi...
"kami sepakat kami nak pergi semua jenis kedai kopi yang ada dekat korea ni..."so misi pertama berjaya...hehehe....
so enjoy the pic okay....

next misi nanti aku update lagi ok...
*********

photoby: me(jannahsharip)
model: adekya, syafiqahanim, dayangcot (bukan nama sebenar)
pengedit: aq
camera: nikon d3100(lens kid vr)
location: kongdabang inha korea

















12500won adalah  sama dengan RM34.50.so mahal kan...haish botak kepala!




jadi comelkan kedai dia..plus2 adekya yang cute ni..hahaha...oaky see u soon

p/s: coffe ni macam dadah....ketagih sudah!

done...bye!