iklan aku

Friday, July 20, 2012

bila aku solat dalam tren...

"korang dah sembahyang ke?"
"belom, kejap lagi kot buat jamak takhir.."

ni la tren yang kami naik dengan tiket berdiri...

aku angguk-angguk ja dengar jawapan yang diberi cik mai..dalam hati memikirkan macam mana lah aku nak pergi ambik wuduq dalam keadaan orang yang ramai dan bersesak-sesakan dalam tren masa sekarang ni.. tambah-tambah lagi bila dengar cerita tandas dia tak bersih plus busuk..hadoiyai, karang ada jugak yang tak sembahyang aku ini..

cepat-cepat aku istifar..dalam ketidak relaan itu aku redah jugak la pergi tandas.. dalam pukul 10 malam gitu orang dah mula sunyi sepi sikit la..so senang bergerak...bila dah langkah-langkah tepis menepis elak mengelak sampai la depan pintu toilet.. angin yg menderu kena muka buat aku jenguk-jenguk gerabak sebelah...lepas tandas kosong aku pon masuk..

huh! nasib baik tingkap dalam toilet ni terbuka luas, so bau bauan haruman sejati pon tak la terhidu oleh hidung...alhamdullilah.. allah permudahkan segalanya...bejaya jugak ambik air sembahyang dengan tenang walaupun nak tergolek dalam toilet sempit tu...uuuu seram kot...

"ko dah masuk toilet jenn? ko pergi yang mana?"soal laju nas..
"aku pergi yang gerabak belah sana punya..nyaman sikit..tanpa bau bauwan..."sengih

aku kembali duduk atas beg tarik aku yang sepanjang perjalanan ni jadi kerusi rasmi aku serta kerusi mudah alih bagi aku...huhu penat kot tiap kali troli makanan lalu aku kena ubah kerusi mudah alih aku ke tepi dan kembali ke tempat asal supaya aku boleh duduk...tarik nafas panjang dan aku pon letak beg galas atas peha dan sembahyang..

salam terakhir aku ucapkan syukur dapat juga aku sembahyang walaupun tidak cukup sempurna..erm kami usaha jugak la bagi sempurna...kami yang rasa ni memang pengalaman kot...susahnya dan kepayahan dia...teringat aku apa yang leha cakap..

"waktu susah macam ni la kita baru ingat nak sembahyang...tapi kalau tengah bersenang lenang kat rumah punya la susuah kita nak bangun sembahyang..ermmm..."
"erm kan kita tak pernah bersyukur..."

gedebuk!


satu batu besar jatuh atas kepala...hah! tengok aku...aku sendiri tahu aku tak bersyukur tapi aku buat jugak...ermmm.... :( sungguh tidak bagus...tak mo ikut ya korang...ingat tau!

ni lah keadaan sebenar tren ni weihh! tengok la macam mana...korang banyak la sendiri...

'ingat ALLAH bukan pada masa kita susah sahaja tapi pada semua perkara yang kita buat...insyaAllah nanti semua benda yang kita buat diberkati..' ^______________^

huh! ampun mak... tak naik dah aku tren ni...sumpah wei!

aku buat vid ni main-main ja...bosan duduk rumah cuti ni ann...tengok la klo rajinnn!

jannah

No comments:

Post a Comment